Fernandes, Rashford julang Manchester United

Fernandes dan Rashford memastikan tiga mata buat United di Old Trafford.
Fernandes dan Rashford memastikan tiga mata buat United di Old Trafford.
A
A
A

DUA gol setiap babak jaringan Bruno Fernandes dan Marcus Rashford membolehkan Manchester United mengatasi Crystal Palace 2-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Old Trafford.

Kemenangan ke-13 liga selepas mengharungi 21 perlawanan itu membolehkan The Red Devils kendalian Erik ten Hag mengumpul 42 mata - lapan mata di belakang pendahulu Arsenal.

Tuan rumah terlebih dulu di depan apabila Fernandes menyempurnakan sepakan penalti pada minit ketujuh bagi memimpin perlawanan menuju ke bilik persalinan separuh masa pertama.

The Eagles kendalian Patrick Vieira sebelum itu mempunyai peluang terbaik sejurus sebelum rehat apabila Jeffrey Schlupp melakukan rembatan melencong dari jarak jauh menyaksikan David de Gea terpaksa melakukan penyelamatan cemerlang.

Separuh masa kedua, kedua-dua pasukan tampil aksi lebih agresif, namun ternyata masih gagal menambah jaringan dan memecah kebuntuan.

Bagaimanapun Rashford sekali lagi melakukan penyudah tajam bagi menjadikan kedudukan 2-0 untuk Manchester United pada minit ke-62.

Biarpun begitu, Palace tidak mengalah dilemparkan talian hayat apabila Casemiro dilayangkan kad merah di minit ke-70', menyaksikan Schlupp memanfaatkan peluang menjaringkan gol pada minit ke-76 untuk gol saguhati The Eagles.

"70 minit pertama adalah milik kami, kami menguasai permainan dan bermain dengan sangat baik.

"Pujian yang besar untuk pasukan, banyak tenaga dan mereka bermain dengan sangat baik dalam penguasaan bola dan dalam peralihan pertahanan.

"20 minit terakhir menunjukkan kami konsisten boleh bertarung apabila berdepan pasukan seperti Palace. Kemenangan ini adalah semangat berpasukan yang sebenarnya, mereka berdiri antara satu sama lain dan saya gembira dengan itu," kata Ten Hag.

Keputusan lain

Everton 1-0 Arsenal

Manchester Utd 2-1 Crystal Palace

Wolves 3-0 Liverpool

Newcastle United 1-1 West Ham

Aston Villa 2-4 Leicester City

Brentford 3-0 Southampton

Brighton 1-0 Bournemouth