Polis tahan lelaki warga asing seludup minuman keras

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki warga asing kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan minuman keras di Cheras pada Jumaat

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, lelaki berusia 47 tahun itu ditahan kira-kira jam 6 petang di sekitar Kampung Bohol, Bukit Jalil, di sini.

"Polis turut merampas 3,694 botol dan 4,920 tin arak pelbagai jenama, dengan jumlah nilai rampasan keseluruhan termasuk cukai dianggarkan RM270,000,” katanya dalam kenyataan malam Sabtu.

Beliau berkata, suspek kini direman sehingga 15 Februari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967 dan Seksyen 15 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.- Bernama