Telefon pintar terhebat siri vivo X90 kini tersedia di pasaran Malaysia

A
A
A


No Image Caption



SHAH ALAM - vivo hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar perdana siri X terbaharu iaitu siri vivo X90 yang dinanti-nantikan orang ramai.

Tersedia dalam dua varian, X90 dan X90 Pro, siri ini menampilkan set ciri-ciri kamera termaju yang baharu dan peningkatan prestasi menyeluruh yang dikuasakan oleh teknologi cip dwi-perdana tercanggih yang menampilkan kamera utama 1-inci bersama cip V2 eksklusif dan kerjasama berterusan vivo dengan ZEISS dari segi pengimejan dan inovasi sistem kamera, termasuk optik, salutan anti-reflektif, perisian dan penyepaduan sistem.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia, Mike Xu, berkata, siri vivo X90 baharu menggabungkan inovasi dalaman kami dengan beberapa teknologi pengimejan terkemuka industri untuk membawa kepada pengguna barisan telefon pintar yang lengkap untuk menangani beberapa keadaan paling mencabar, seperti fotografi malam dan videografi.

"Saya berbangga dengan kemajuan kami ke arah menjadikan siri X perdana sebagai barisan utama industri untuk prestasi hebat yang menyeluruh,”katanya.

Spesifikasi imej berkuasa tinggi, jauh ke hadapan

No Image Caption



Generasi baharu sistem pengimejan kejuruteraan bersama vivo ZEISS menggabungkan naik taraf perkakasan dan perisian yang cemerlang.

Ia mengetengahkan sensitiviti cahaya yang dipertingkat, apertur, pemprosesan warna semula jadi dan penstabilan untuk pengalaman kamera kompak yang mudah dan intuitif.

Siri vivo X90 menampilkan sistem tiga kamera belakang, masing-masing dengan pematuhan yang diperakui dengan Salutan ZEISS T*.

vivo X90 Pro melangkaui batasan pengimejan telefon pintar dengan Kamera Utama 50MP ZEISS 1-inci, Kamera Potret 50MP dengan Sensor Besar dan Kamera Sudut Lebar 12MP.

Kamera Potret 50MP menampilkan lensa potret ultra-sensing, dengan sensor IMX758 yang membantu mencapai apertur f/1.6. Dengan sokongan sistem penstabilan, lensa apertur besar yang eksklusif dan teknologi sensor 4-dalam-1, vivo X90 Pro menghasilkan potret terperinci dan sangat teliti, walaupun dalam cahaya malap.

No Image Caption



vivo X90 Pro turut memperkenalkan teknologi penstabilan imej optikal (OIS) bebas yang dibangunkan oleh vivo, membolehkan pembetulan penstabilan yang lebih pintar dan tepat berbanding OIS standard. Ia juga menyokong Sistem OIS Pemusatan Aktif, dengan ketara mengurangkan comot antara bingkai dan gerakan kabur.

Bagi vivo X90, ia mengetengahkan Kamera Utama Warna Sebenar VCS 50MP, Kamera Potret Profesional 12MP dan Kamera Sudut Lebar 12MP. Kamera Utama Warna Sebenar VCS mengoptimumkan spektrum sensor untuk mencapai sasaran warna RGB dengan lebih baik, memperbaik warna asli imej, memastikan konsistensi warna dan merendahkan tahap hingar.

Kamera tahap profesional, rakam kenangan siang dan malam

Sensor kamera yang dinaik taraf, cip pengimejan V2 eksklusif vivo, algoritma AI yang dibangunkan secara dalaman dan Optik ZEISS dengan Salutan T* berfungsi bersama-sama untuk meningkatkan lagi keupayaan fotografi malam dan astrofotografi, menjadikan Siri vivo X90 baharu sebagai teman melihat bintang yang sempurna.

Video Malam 4K Ultra-Sensing kini boleh dihasilkan dengan mudah menggunakan algoritma Super Night Video 3.0 vivo, menyokong kepekaan foto yang luar biasa dalam persekitaran yang sangat gelap.

vivo X90 Pro dilengkapi dengan mod Astro Di Tangan yang dibaik pulih untuk menangkap langit berbintang dengan lebih jelas tanpa memerlukan tripod. Ciri ini disokong oleh kepekaan cahaya peranti yang dipertingkatkan, teknologi penstabilan yang dinaik taraf dan teknologi fokus AI PD Malam Ekstrem baharu, yang meningkatkan ketepatan fokus.

No Image Caption



Mengambil gambar lanskap bulan dibolehkan dengan mod Super Moon, tersedia pada kedua-dua vivo X90 dan X90 Pro, yang menggabungkan peningkatan perkakasan dan algoritma Super Night 3.0 baharu.

Ciri AI Night View menangani cabaran untuk mendapatkan rona yang tepat dalam foto malam. Dikuasakan oleh pembelajaran rangkaian AI, AI Night View boleh menangkap sehingga 10 bingkai dalam RAW sambil mengekalkan julat dinamik yang tinggi.

ZEISS Natural Color 2.0 dalam Siri vivo X90 baharu memberi warna lebih tulen dan tepat, menghasilkan imej yang ditangkap lebih mirip kepada apa yang dilihat dengan mata kasar.

Satu lagi ciri penciptaan yang berkuasa ialah Tangkapan Gerakan Sifar-Lengah-Pengatup, yang menjadikan tangkapan gerakan lebih mudah berbanding sebelum ini. Lengah sifar-saat bermakna apa yang anda lihat ialah apa yang anda perolehi dalam detik penting, walaupun dalam tetapan cahaya malap.

Dalam mod Sukan dan mod Sukan Malam, gabungan pengatup berkelajuan tinggi dan algoritma pengesanan gerakan boleh membekukan bingkai serta-merta, memastikan mana-mana subjek yang bergerak pantas kekal jelas.

Siri ini juga membawakan kesan kreatif baharu yang dibangunkan bersama oleh vivo dan ZEISS. Gaya Potret suar-Pawagam ZEISS baharu meniru kesan suar yang dilihat dalam banyak filem klasik.

Peranti berkuasa tinggi dan permainan menyeluruh

No Image Caption



Siri vivo X90 menampilkan keupayaan pemprosesan yang berkuasa, bateri yang besar, teknologi pengecasan pantas dan paparan yang menakjubkan, sesuai untuk kerja atau permainan. Tetapan dwi-cip bagi Siri vivo X90 baharu merangkumi cip MediaTek Dimensity 9200 dan vivo V2.

Dengan Dimensiti 9200, kedua-dua vivo X90 Pro dan vivo X90 telah mencapai markah Penanda Aras AnTuTu yang tinggi masing-masing sebanyak 1.26 juta dan 1.22 juta, menunjukkan lonjakan besar dalam prestasi.

Siri vivo X90 disertakan dengan LPDDR5X untuk vivo X90 Pro dan Enhanced LPDDR5 bagi Vivo X90, Extended RAM 3.0, yang menambah sehingga 8GB memori lanjutan, serta UFS 4.0 + MCQ dan Defragmentasi Dalaman UFS, menawarkan pemprosesan yang lancar dan menyokong lebih aplikasi aktif.

Siri vivo X90 baharu menyokong teknologi Dual-Cell FlashCharge 120W, yang meningkatkan kelajuan pengecasan dan hayat bateri berkapasiti besar 4870mAh pada vivo X90 Pro dan 4810mAh pada bateri besar vivo X90. Selain itu, vivo X90 Pro juga menyokong Wireless FlashCharge 50W.

Siri vivo X90 baharu menawarkan dua mod pengecasan: mod pengecasan pantas dan mod seimbang. Dalam mod pengecasan pantas, vivo X90 Pro boleh dicas sehingga 50 peratus dalam 8 minit dan 10 saat, manakala vivo X90 boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 8 minit sahaja. Untuk pengecasan harian, hanya memerlukan 29 minit untuk vivo X90 dan vivo X90 Pro untuk mengecas bateri sehingga 100 peratus.

Kedua-dua vivo X90 dan vivo X90 Pro mempunyai Skrin Perlindungan Mata Ultra Vision 6.78-inci, membawakan kesan paparan seperti pawagam dan perlindungan mata gred profesional apabila melihat paparan.

Skrin melengkung 3D menampilkan kawasan tontonan yang lebih besar, dengan 1.07 bilion warna, dan gamut warna lebar 100 peratus DCI-P3 yang memberikan warna yang kaya dan semula jadi untuk pengalaman tontonan yang lebih baik.

Telefon pintar vivo X90 Series menawarkan Mod Perlindungan Mata Pintar peringkat-cip, dibangunkan oleh vivo dan MediaTek untuk memantau dan mengawal perkadaran cahaya biru secara bijak dalam masa nyata sambil mengimbangi warna untuk penjagaan mata tambahan.

Telefon pintar Siri X90 juga mempunyai Pembesar Suara Dwi Stereo dan Motor Linear X-Axis untuk pengalaman audio-visual yang lebih mengasyikkan dan maklum balas sentuhan yang kaya untuk permainan mudah alih terkemuka.

Rekaan baharu asli untuk pengalaman premium

No Image Caption



Siri vivo X90 baharu didatangkan dengan reka bentuk baharu yang berani diilhamkan oleh lingkaran Fibonacci untuk memberikan rupa yang seimbang dan unik. Jalur mendatar, atau Skyline, diperkenalkan pada bahagian belakang untuk membahagikan zon berfungsi dengan jelas. Reka bentuk keratan mengimbangi fokus visual, menjadikan modul kamera kelihatan kurang menonjol.

Dicipta berdasarkan reka bentuk kamera profesional, siri vivo X90 baharu menyepadukan tiga kamera belakang menjadi satu "Big Eye" untuk mencipta rupa keseluruhan bersepadu, memperlihatkan sistem kamera berkuasa di dalamnya.

Dilapisi dengan Corning's Gorilla Glass dan salutan ultra-keras, anti-reflektif pada permukaan, kekerasan keseluruhan kanta kaca mencapai 6 pada skala Mohs. Ia lebih keras, tahan terhadap kejatuhan dan calar serta mempunyai transmisi cahaya yang lebih tinggi.

vivo X90 Pro didatangkan dalam warna Legend Black abadi. Bahagian belakang dilitupi dengan kulit vegan berbatu yang mewah, mesra alam, tahan noda dan tahan lasak. vivo X90 Pro mempunyai penarafan IP di tahap IP68 untuk rintangan air dan habuk.

Bagi vivo X90, ia didatangkan dalam Breeze Blue dan Asteroid Black, kedua-duanya menampilkan kaca belakang AG fluorit yang indah, licin untuk disentuh, serta kalis cap jari dan kotoran.

Harga sesuai dengan prestasi

No Image Caption



vivo X90 Pro kini boleh didapati pada harga RM4,999 dan vivo X90 boleh didapati pada harga RM3,699. Barisan terbaharu Siri vivo X90 boleh didapati di semua kedai konsep vivo, pengedar sah, E-Store rasmi vivo Malaysia (X90) (X90 Pro), dan kedai utama rasmi vivo Malaysia di Shopee (X90) (X90 Pro), Lazada (X90) (X90 Pro) dan TikTok (X90) (X90 Pro).

Mulai 4 Februari 2023, pelanggan yang membeli siri vivo X90 di Kedai Konsep vivo akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,300, termasuk pengecas FlashCharge vivo 120W dengan kabel jenis-C, jaminan 1+1 tahun, perlindungan skrin 1 tahun dan jaminan bateri 1 tahun.

Selain itu, pelanggan akan menerima vivo TWS Air bernilai RM179 untuk pembelian vivo X90, dan Joyoung Electric Baking Pan bernilai RM399 untuk pembelian vivo X90 Pro.

Untuk maklumat lanjut mengenai Siri vivo X90, sila layari laman rasmi vivo Malaysia.