Sila log masuk terlebih dahulu.

Elaun pembangunan MP sah dikurangkan: PM

03 Februari 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 3 FEBRUARI 2023

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan terdapat pengurangan elaun pembangunan Ahli Parlimen daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Beliau berkata, pengurangan elaun itu bertujuan untuk mengawal kewangan negara dan akan dilaksanakan secara berperingkat.

Bagaimanapun, kerajaan akan mempertimbangkan peruntukan tambahan sekiranya terdapat keperluan mendesak di kawasan Parlimen, seperti membaik pulih infrastruktur di kawasan terlibat.

Sebelum ini, media melaporkan peruntukan kawasan untuk Ahli Parlimen penyokong kerajaan bagi tahun 2023 dikurangkan lebih 65 peratus iaitu daripada RM3.8 juta kepada RM1.3 juta.

Artikel: https://bit.ly/3Y0YL5z

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian