[VIDEO] PM datang PD makan rojak sebelum solat Jumaat

Anwar(tengah) bersama Aminuddin (kanan) dan Mohamad(kiri) menjamu selera di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Abdullah di Port Dickson.
Anwar(tengah) bersama Aminuddin (kanan) dan Mohamad(kiri) menjamu selera di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Abdullah di Port Dickson.
A
A
A

PORT DICKSON - Buat pertama kali selepas bergelar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Ahli Parlimen Port Dickson 'kembali' ke kawasan pelancongan itu pada Jumaat.

Beliau meluangkan masa singgah menjamu selera di Kedai Makanan dan Minuman Salleh Abdullah di Batu 3, Jalan Pantai Port Dickson di sini sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Bagan Pinang.

Beliau yang memakai baju Melayu berwarna biru tiba jam 12.50 pagi ditemani Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang juga berbaju Melayu berwarna sedondon.

Anwar berkata, beliau gembira dapat datang semula ke Port Dickson berjumpa dengan masyarakat di daerah itu yang memberi kerjasama baik sepanjang dirinya bergelar Ahli Parlimen Port Dickson.