Naik Taraf Kemudahan Jeti

A
A
A
Kerajaan negeri Kedah menerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menerima peruntukan sebanyak RM15 juta daripada kerajaan Persekutuan bagi menaik taraf kemudahan Jeti Kuah dan Jeti Pulau Tuba di pulau peranginan itu.

Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam kenyataan hari ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan meluluskan peruntukan tersebut yang diterima LADA pada Disember lepas.

Beliau berkata peruntukan itu amat diperlukan bagi memulihkan semula ekonomi pulau bebas cukai itu yang terjejas teruk sepanjang tempoh pandemik COVID-19 pada 2020 hingga 2021.
Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Penghormatan terakhir

No Image Caption
GALERI

Gelombang cuaca panas

No Image Caption
GALERI

Pink Moon

No Image Caption
GALERI

Hari Buku dan Hari Hak Cipta Sedunia