Kerja-kerja tambah baik perlu dibuat segera

Kerosakan pada saluran yang memerlukan kerja penambah baikan dijalankan segera.
Kerosakan pada saluran yang memerlukan kerja penambah baikan dijalankan segera.
A
A
A
CYBERJAYA - Langkah penutupan sementara bekalan air ini diambil berikutan kerja-kerja perlu dilaksanakan dalam kadar segera, demikian kata Pengurus Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Charles Santiago berhubung gangguan bekalan air pada 24 sehingga 26 April ini.

Charles berkata, perkara ini telah diteliti oleh pihak Span sendiri setelah ia dimaklumkan oleh Pengurusan Air Selangor.

"Terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan segera, dan waktu berkenaan adalah sesuai. Jika kita lanjutkan, ia akan melibatkan bulan Ramadan dan Aidilfitri yang mana pasti memberikan kesan lagi kepada pengguna.

"Kerosakan ini pihak Span lihat tidak boleh ditangguh lagi dan masa sama diharap orang ramai dapat melakukan persediaan dan menyimpan bekalan air terlebih dahulu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Span, di sini tadi.

Terdahulu, SPAN memaklumkan mengenai gangguan bekalan air hingga 86 jam di 577 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan kerja-kerja penambahbaikan perkakasan kritikal sistem bekalan elektrik di LRA SSP2 pada 24 April.
Artikel Berkaitan:


Henti tugas LRA SSP2 itu akan menyebabkan gangguan bekalan air kepada kira-kira 4,143,465 pengguna di kawasan terkesan iaitu Klang, Shah Alam, Petaling, Gombak, Kuala Lumpur, Kuala Langat dan Kuala Selangor.