Pengarah eksekutif Qhazanah Sabah nafi terlibat salah guna kuasa

Mohd Shukor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini pada Selasa terhadap dua blog yang menyiarkan dakwaan salah laku itu terhadap beliau. - Foto Bernama
Mohd Shukor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini pada Selasa terhadap dua blog yang menyiarkan dakwaan salah laku itu terhadap beliau. - Foto Bernama
A
A
A

KOTA KINABALU - Pengarah Eksekutif Qhazanah Sabah Berhad, Mohd Shukor Abdul Mumin pada Selasa menafikan dakwaan kononnya beliau terlibat dalam salah guna kuasa membabitkan penjualan sebuah anak syarikat dan pelantikan ahli keluarga dalam syarikat.

Sehubungan itu, Mohd Shukor membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu di sini pada Selasa terhadap dua blog yang menyiarkan dakwaan salah laku itu terhadap beliau.

"Ini semua tidak betul dan rekaan, saya langsung tidak terlibat dengan dakwaan itu serta menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut, segala artikel dalam blog tersebut tidak benar, berunsur fitnah dan berniat jahat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu.

Sehubungan itu beliau berkata pihaknya dan Qhazanah Sabah, sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa dan mengalu-alukan siasatan terhadap kes tersebut.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terlebih dahulu, sebelum menimbang untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap blog tersebut. - Bernama