Tarikan 'choley' di Perlis

A
A
A
Rakyat Malaysia yang ingin merasai pengalaman menaiki choley atau motosikal beroda tiga tidak perlu lagi ke Thailand kerana mereka kini boleh mendapatkan perkhidmatan itu di Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.

Nur Afiq Nasharudin yang mesra dengan panggilan Mat Apit' membeli choley yang ditempah khas dari Thailand dengan modal RM4,000 bagi menjana pendapatan tambahan keluarganya serta berkongsi rezeki dengan pemuda di kampungnya.

Menurut Nur Afiq pada hujung minggu beliau mampu mengendalikan antara tujuh hingga sembilan trip dari pagi hingga ke lewat petang dengan bayaran RM35 membawa pelancong mengelilingi Projek DiRaja Program Transformasi Kampung Warna-Warni Seberang Ramai.

Ia meliputi tujuh kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Tanjung, Kampung Seberang Alur, Kampung Seberang Jaya, Kampung Pulau Ketam, Kampung Tandiap dan Kampung Baru Tandiap yang mengambil masa 45 minit hingga satu jam mengikut permintaan pelancong.
Artikel Disyorkan