33 maut insiden letupan dalam masjid di Pakistan

Anggota penyelamat mengusung mangsa letupan bom dalam masjid di Peshawar. - AFP
Anggota penyelamat mengusung mangsa letupan bom dalam masjid di Peshawar. - AFP
A
A
A

PESHAWAR - Pegawai polis antara 33 orang yang terbunuh dan 150 cedera dalam letupan di sebuah masjid dalam ibu pejabat polis di Pakistan pada Isnin.

Serangan tersebut berlaku ketika solat waktu petang di wilayah Peshawar yang terletak berhampiran sempadan Afghanistan di mana serangan militan sering berlaku di kawasan tersebut.

"Ramai anggota polis tertimbus bawah runtuhan dan usaha sedang dijalankan bagi membawa mereka keluar dari situ," kata Ketua Polis Peshawar, Muhammad Ijaz Khan, yang menganggarkan antara 300 dan 400 pegawai menghadiri solat di masjid tersebut.

Dalam pada itu, Gabenor Khyber Pakhtunkhwa Ghulam Ali meletakkan angka kematian pada 28 dan 150 cedera yang kebanyakan mangsa terdiri daripada anggota polis. - AFP