Pembersihan UMNO: ‘Tunggu saya jawab’ - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid selepas perasmian program Karnival MAIWP 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu.
Ahmad Zahid selepas perasmian program Karnival MAIWP 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi enggan memberi sebarang komen berhubung keputusan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada Jumaat lalu yang menggantung serta memecat beberapa ahli pemimpinnya.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata, beliau akan menjawab mengenai isu tersebut dalam suatu majlis yang akan diadakan tidak lama lagi.

“Tunggu saya akan jawab. Saya akan jawab dalam satu majlis nanti,” katanya ketika ditanya pemberita selepas program Karnival Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2023 di Dataran Merdeka pada Sabtu.

Program tersebut dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.