Sila log masuk terlebih dahulu.

Bukan putar belit, sumber 'sedekah' Pas tak jelas: Zahid

27 Januari 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 27 JANUARI 2023

Semalam Dewan Ulama Pas mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berniat mengelirukan orang awam terhadap kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu pemberian wang kepada pengundi.

Kata Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Ahmad Yahaya, terdapat perbezaan yang jelas di antara amalan rasuah, politik wang dan pemberian sedekah khususnya ketika kempen pilihan raya berjalan.

Bagaimanapun, Datuk Seri Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, respon beliau itu memetik daripada kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki sebelum ini.

Artikel: https://bit.ly/3Y1lyxH

Muzik: Artlist.co

#BuletinTikTok #SinarHarian