Polis kawal ketat kawasan Kedutaan Sweden

Anggota polis bersiap sedia bagi mengawal demonstrasi yang bakal dilakukan di hadapan Kedutaan Sweden.
Anggota polis bersiap sedia bagi mengawal demonstrasi yang bakal dilakukan di hadapan Kedutaan Sweden.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat sudah bersiap sedia, termasuk mengawal ketat kawasan di sekitar Kedutaan Sweden di sini, susulan demontrasi solidariti yang akan dianjurkan Pemuda Pas.

Demontrasi tersebut dilakukan sebagai membantah tindakan biadab ahli politik sayap kanan dari Denmark, Rasmus Paludan yang membakar kitab suci al-Quran di khalayak ramai dekat Stockholm, Sweden baru-baru ini.

Difahamkan perarakan tersebut akan bermula dari Masjid KLCC sehingga ke kawasan kedutaan.

Setakat 25 Januari, polis masih tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana pihak yang mahu mengadakan perhimpunan di hadapan Kedutaan Sweden di sini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, sebarang bentuk perhimpunan yang ingin diadakan di tempat awam perlu menghantar notis pemakluman seperti termaktub dalam peruntukan undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

Pada pagi Jumaat, dianggarkan sekitar 100 individu telah berkumpul di hadapan pintu masuk Kedutaan Sweden bagi membantah tindakan biadab ahli politik membakar kitab suci al-Quran itu.