JPM nafi PM setuju buat demonstrasi di Kedutaan Sweden

JPM menafikan hantaran tular melalui portal berita tempatan bertajuk 'PM Anwar setuju demo Pemuda Pas di Kedutaan Sweden esok lepas solat Jumaat'.
JPM menafikan hantaran tular melalui portal berita tempatan bertajuk 'PM Anwar setuju demo Pemuda Pas di Kedutaan Sweden esok lepas solat Jumaat'.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan hantaran tular melalui portal berita tempatan bertajuk 'PM Anwar setuju demo Pemuda Pas di Kedutaan Sweden esok lepas solat Jumaat'.

JPM berkata, hantaran yang tular itu adalah palsu.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu. Tidak pasti, jangan kongsi," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.

Menurut kenyataan itu, orang ramai diminta merujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih.

Akaun media sosial rasmi JPM boleh dirujuk melalui pautan https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/ bagi Facebook, https://twitter.com/jpmgov_ (Twitter), https://www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ (Instagram) dan https://www.tiktok.com/@jpmgov (TikTok).