1,891 kenderaan kemalangan pada Tahun Baharu Cina

Sebanyak 1,891 kenderaan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.
Sebanyak 1,891 kenderaan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jumlah kemalangan pada kelapan Op Selamat 19 Tahun Baharu Cina 2023 mencatatkan penurunan iaitu sebanyak 1,591 kes berbanding 1,649 kes pada hari ketujuh.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 1,891 kenderaan terlibat dalam kemalangan di seluruh negara.

"Berdasarkan statistik jumlah mengikut kenderaan terlibat dalam kemalangan jalan raya menunjukkan kereta mencatatkan sebanyak 1,341 buah, dan pacuan empat roda mencatat (241).

"Sementara itu, motosikal mencatat sebanyak 209 buah terlibat kemalangan, lori (44), bas (11), van (41), teksi mencatatkan (tiga) manakala ambulans (satu)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Pada Rabu Sinar Harian melaporkan, sebanyak 1,649 kemalangan direkodkan pada hari ketujuh Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di seluruh negara.

Statistik kemalangan itu membabitkan sebanyak 2,002 pelbagai jenis kenderaan terbabit.