Junta Myanmar tidak dijemput pertabalan Raja Charles

Ketua Junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing.
Ketua Junta Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing.
A
A
A

YANGON - Ketua tentera junta Myanmar, Min Aung Hlaing tidak akan dijemput untuk menghadiri pertabalan Raja Charles III di Britain pada 6 Mei ini.

Selain Myanmar, Istana Buckingham turut menyenarai hitam wakil dari Rusia, Belarus, Syria, Venezuela dan Afghanistan.

Pengecualian junta Myanmar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana London sebelum ini mengutuk keras rampasan kuasa pada 2021 selain mengendurkan hubungan diplomatiknya dengan Yangon.

Duta Britain ke Myanmar, Peter Vowles juga telah diusir dari negara berkenaan.

Untuk rekod, Myanmar bukan sebahagian daripada 53 negara anggota Komanwel. - Agensi