Manchester United selangkah ke perlawanan akhir Piala Liga

Rashford meraikan jaringan bersama para pemain United lain ketika berdepan Forest dalam aksi Piala Liga di City Ground. - Foto Agensi
Rashford meraikan jaringan bersama para pemain United lain ketika berdepan Forest dalam aksi Piala Liga di City Ground. - Foto Agensi
A
A
A

MARCUS Rashford meneruskan musim cemerlangnya apabila menyumbang gol ketika membantu Manchester United menewaskan Nottingham Forest 3-0 dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium City Ground pada Khamis.

Usaha solo penyerang England pada minit keenam itu juga menjadi pencetus kebangkitan The Red Devils kendalian Erik Tan Hag, sekali gus membawanya kepada 18 gol dalam semua pertandingan musim ini.

Untuk rekod, hanya Erling Haaland dari Manchester City yang mempunyai lebih banyak lagi gol untuk kelab Liga Perdana Inggeris pada 2022-23.

United kemudiannya menggandakan kelebihan pelawat sejurus sebelum rehat, apabila penyerang pinjaman Wout Weghorst menjaringkan gol pertamanya pada minit ke-45 sejak menyertai kelab tersebut.

Bruno Fernandes seterusnya memadamkan sisa kebangkitan tuan rumah apabila menambah satu lagi gol pada minit ke-89 untuk memastikan United berada di landasan yang baik untuk memenangi trofi pertama mereka sejak 2017.

“Saya gembira dengan persembahan, tambahan pula lebih 90 minit kami mengawal permainan.

“Ya, terdapat detik yang boleh mengubah permainan dalam perlawanan ini dan kami perlu sedar perkara itu dan memperbaikinya.

"Semangat dia (Rashford) pula tidak dapat dihalang dalam mood ini, malah dia menjadi kreatif di sepertiga akhir perlawanan," kata Ten Hag.

Kedua-dua pasukan akan berentap semula di Stadium Old Trafford pada 2 Februari depan.

"Jelas sekali keputusan yang diraih di sini sesuatu yang mengecewakan.

“Perkara terakhir yang anda mahu lakukan ialah pergi ke Old Trafford dan mengubah keputusan ini.

"Jelas sekali, Rashford adalah salah seorang pemain berprestasi tinggi, namun kami memberikan dia melakukan apa yang dia lakukan di sini adalah tidak cukup baik," kata pengendali Forest, Steve Cooper.