Gagal bayar 490 kompaun parkir, lelaki didenda RM300

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemilik restoran didenda RM300 atau lima hari penjara oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis kerana gagal membayar kompaun parkir Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Tertuduh dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret Khairul Farhi Yusob.

Mengikut pertuduhan, dia yang dikenakan waran tangkap didapati bersalah mengikut Perenggan 36(1)b Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) MDKL 2007 iaitu meletakkan kenderaan tanpa membayar parkir.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut mempunyai tunggakan 490 notis kesalahan kompaun parkir MPKL sejak dari tahun 2002.

Pendakwaan dalam kes ini dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abdul Rahim dan Norazizi Natimin.