Rumah musnah terbakar di Teluk Intan

Keadaan rumah yang musnah akibat kebakaran di Jalan Tebuk pada Ahad. - Foto JBPM Perak
Keadaan rumah yang musnah akibat kebakaran di Jalan Tebuk pada Ahad. - Foto JBPM Perak
A
A
A

TELUK INTAN - Sebuah rumah musnah dijilat api sebanyak 70 peratus dalam kejadian kebakaran di Jalan Tebuk, Kampung Sungai Kerawai, di sini malam tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan dibantu BBP Hutan Melintang serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Langkap digerakkan ke lokasi.

Katanya lagi, insiden yang berlaku sekitar jam 10 malam itu bagaimanapun tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau mangsa.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran. - Foto JBPM Perak
Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran. - Foto JBPM Perak

"Pasukan bomba tiba di lokasi mendapati sebuah rumah kelas B berkeluasan 30X70 sedang marak terbakar.

"Komander operasi mengarahkan kerja pemadaman api dengan menggunakan dua aliran 300 kaki dua pancutan sehingga selesai," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Operasi yang diketuai oleh PPgB Mohd Ismail Mohd Yunus itu tamat pada jam 12.26 tengah malam. - Awani