9 maut insiden tembakan sambutan Tahun Baharu Cina

Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Foto: REUTERS
Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu. - Foto: REUTERS
A
A
A

LOS ANGELES - Sembilan orang disahkan maut dalam insiden tembakan di sebuah premis perniagaan di Monterey Park, daerah Los Angeles, Amerika Syarikat pada Sabtu.

Menurut laporan agensi antarabangsa, bagaimanapun jumlah mangsa yang tercedera dalam insiden tembakan itu belum lagi didedahkan oleh pihak berkuasa.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan, suspek merupakan seorang lelaki dan belum disahkan sama ada telah ditahan atau sebaliknya.

Seorang saksi kejadian memberitahu, tiga orang kelihatan telah berlari memasuki sebuah restoran dan memintanya untuk mengunci pintu sebelum terlihat seorang lelaki dengan senjata jenis mesingan berhampiran lokasi kejadian.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam Sabtu ketika ribuan penduduk sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina di Monterey Park.

Monterey Park ialah sebuah bandar di daerah Los Angeles, California yang didiami 60,000 komuniti Asia dan menjadikannya kawasan komuniti Asia terbesar di Amerika Syarikat. - Awani