City dituntut pamer watak sang juara

Guardiola memberi bayangan hayatnya di Etihad tidak bertahan lama. Foto EPA.
Guardiola memberi bayangan hayatnya di Etihad tidak bertahan lama. Foto EPA.
A
A
A

PEP Guardiola menuntut para pemain Manchester City mempamerkan watak sebenar sebagai sang juara kerana perjalanan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih panjang.

Beliau mahu The Citizens bangkit mengejar Arsenal di persada liga biarpuj pasukannya bangkit melakar kemenangan ke atas Tottenham Hotspur 4-2 Khamis lalu.

Bagaimanapun beliau memberi bayangan jika pemain tidak mahu mengikut permintaannya mungkit hayatnya di Etihad tidak lama.

"Jika saya kehilangan pasukan atau saya kehilangan semangat juang, saya tidak boleh berada di sini lagi. Di sini orang tidak menunggu," katanya.

Jurulatih dari Catalan itu membuktikan tempoh paling berjaya dalam sejarah kelab apabila menang empat gelaran liga dalam tempoh lima tahun.

Malah pada November lalu, Guardiola menyambung kontraknya bersama Etihad hingga 2025.

Bagaimanapun dia mengakui pernah melalui pengalaman penurunan prestasi yang akhirnya menjadi satu kejayaan buat seorang pemain.

"Saya menang empat La Liga berturut-turut ketika saya bergelar pemain," kata bekas pemain tengah Barcelona itu.

Bagaiamanapun beliau menambah keadaan berubah.

"Pada musim kelima, tidak sama seperti sebelumnya, yang keenam saya juga tidak sama. Saya tidak cukup dahagakan kemenangan.

"Saya merasakan 'betapa bagusnya saya' dan Madrid menewaskan saya untuk kali kelima dan keenam.

"Saya faham (cabarannya) tapi saya di sini untuk melakukannya. Pengerusi tahu mengenainya. Saya mahu berada di sini, jika tidak, saya tidak akan sambung kontrak.

"Tapi jika saya hilang pasukan atau saya hilang sesuatu, saya tidak boleh berada di sini. Di sini orang tidak menunggu," katanya.

Arsenal lima mata di depan mengatasi City dan masih ada kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Bagaimanapun City boleh mengurangkan jurang di persada EPL kepada dua mata menerusi kemenangan di Wolves malam ini.

Arsenal pula menanti kunjungan Manchester United di Emirates awal pagi Isnin.

Permintaan terbuka Guardiola itu diharap mendapat maklumbalas positif para pemain kerana perjuangan dalam liga masih panjang.

"Kami berkedudukan kedua dalam liga, bukan ketinggalan 25 mata di belakang Arsenal. Masih ada 57 mata untuk direbut.

"Apa yang saya katakan jika bermain seperti ini, tiada peluang (aksi hambar). Kami ada masa untuk pulih," ujarnya.