Ismail Sabri hadiri rumah terbuka MCA

Ismail Sabri (dua dari kiri) tiba di perkarangan Wisma MCA pada jam 11.15 pagi.
Ismail Sabri (dua dari kiri) tiba di perkarangan Wisma MCA pada jam 11.15 pagi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina MCA terus meriah dengan kehadiran pemimpin politik secara berperingkat sejak awal pagi Ahad.

Bekas Perdana Menteri yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Wisma MCA kira-kira jam 11.15 pagi dan disambut oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Sebelum itu Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba lebih awal pada jam 9.40 pagi untuk bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dilihat meninggalkan majlis berkenaan pada jam 10.50 pagi.

Pada Ahad, Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri Rumah Terbuka MCA sempena perayaan Tahun Baharu Cina yang berlangsung di Wisma MCA.

Turut disertai pimpinan Pakatan Harapan (PH) lain iaitu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.