Tahun Baharu Cina eratkan perpaduan - Sultan Selangor

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Selangor yang menyambut perayaan itu.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada semua rakyat Selangor yang menyambut perayaan itu.
A
A
A

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Selangor yang meraikannya.

Menerusi kemas kini di Facebook Selangor Royal Office, baginda berharap perayaan tersebut menjadi elemen penting dalam mengeratkan perpaduan dan keharmonian antara kaum di Malaysia.

"Baginda turut berharap perayaan ini diraikan dalam suasana muhibah, penuh toleransi dan saling hormat-menghormati.

"Semoga tahun baharu ini akan membawa kemakmuran, kegembiraan dan kebahagiaan buat kita semua, " titah baginda.

Pada perkongsian tersebut, turut dikongsikan gambar lawatan baginda berdua ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengadakan lawatan ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.
Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengadakan lawatan ke Pinang Peranakan Mansion di Georgetown, Pulau Pinang baru-baru ini.

Rumah agam yang dibina sekitar tahun 1893 itu dijadikan muzium dan menempatkan pelbagai barangan antik, artifak serta koleksi gaya hidup golongan Peranakan atau Baba Nyonya.