Dua gol Sousa bantu Kedah benam Kelantan

Sousa menjaringkan tiga gol dalam dua aksi pra-musim 2023 bersama KDA FC. -Foto:KDA FC
Sousa menjaringkan tiga gol dalam dua aksi pra-musim 2023 bersama KDA FC. -Foto:KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC meraih kemenangan 2-0 ke atas Kelantan FC pada aksi persahabatan pra-musim 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Jumaat.

Willian Lira Sousa muncul wira Sang Kenari apabila meledakkan kedua-dua tersebut pada aksi kedua pasukan tersebut.

Gol pertama muncul pada minit ke-54 selepas pemain import dari Brazil itu memanfaatkan hantaran Manuel Ott untuk mengembirakan 16,100 penyokong tuan rumah.

Gol kedua pula diperolehi pada minit ke-85 apabila Sousa bijak menyempurnakan hantaran Ott.

KDA FC mampu menjaringkan lebih banyak gol pada pertemuan itu terutamanya pada minit ke-44 bagaimanapun percubaan Al Hafiz Harun sekadar singgah di palang gol lawan.

Sebelum Sousa menambah gol keduanya, Fayadh Zulkifli turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring gol tuan rumah pada minit ke-77 yang ketika itu berdepan satu lawan satu di depan gawang pelawat namun penjaga gol Kelantan FC, Rozaimi Rahamat ternyata bijak menafikan percubaan tersebut.

Sebagai rekod, KDA FC mencatatkan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perlis United 4-0 pada aksi pertama pra-musim 2023.