Lelaki rentung terperangkap dalam bilik tidur

Seorang lelaki ditemukan rentung selepas terperangkap di dalam bilik tidurnya di Kampung Huda, Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bharu pada Khamis. Mayat mangsa yang ditemukan di dalam bilik itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki ditemukan rentung selepas terperangkap di dalam bilik tidurnya di Kampung Huda, Jalan Sultan Yahya Petra di sini pada Khamis.

Dalam kejadian jam 1 petang itu mangsa, Mohd Aimeran Jusoh@ Ab Talib, 46, dikatakan mempunyai masalah kesihatan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, keadaan itu menyebabkan lelaki berkenaan tidak sempat untuk menyelamatkan diri.

"Api merebak dengan cepat sehinggakan mangsa terperangkap sekali gus gagal mencari jalan keluar.

"Bagaimanapun tujuh ahli keluarga mangsa yang lain berjaya menyelamatkan diri," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi pada Khamis.

Menurut beliau, mayat mangsa yang ditemukan di dalam bilik itu kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Zukeri berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.04 petang.

Ujarnya, seramai 14 pegawai dan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja memadam dan menyelamat.

Artikel Berkaitan:

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.