Hamilton ditawar gaji RM330 juta setahun

Hamilton. - Foto Agensi
Hamilton. - Foto Agensi
A
A
A

JAGUH Formula Satu (F1) Lewis Hamilton masih berteka-teki dengan tawaran kontrak lanjutan berjumlah 62 juta pound (RM330 juta) setahun daripada Mercedes pada Rabu.

Dilaporkan kontrak baharunya tidak termasuk bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia seperti dalam perjanjian sedia ada.

Kontraknya sekarang tamat penghujung musim 2023.

Media Perancis, 20 Minutes bagaimanapun melaporkan Hamilton ditawarkan kontrak dua tahun bernilai 62 juta pound (RM330 juta) setahun berbanding perjanjian sekarang 40 juta pound (RM212.97) juta setahun.

Walaupun mungkin kehilangan bonus 22 juta pound (RM117 juta) jika muncul juara dunia kelapan, Hamilton bakal mendapat kenaikan gaji yang lebih lumayan.

Perjanjian itu dilaporkan turut memasukkan peranan Hamilton sebagai duta selama 10 tahun selepas bersara dengan bayaran 22 juta pound (RM117 juta) setahun.

Pelumba berusia 38 tahun itu bagaimanapun masih belum menandatangani kontrak baharu itu, tetapi ketua Mercedes, Toto Wolff kekal tenang dengan situasi tersebut.

Wolff juga optimis dan hanya menunggu masa untuk Hamilton terus kekal bersama Mercedes.

Artikel Berkaitan:

Penaja Mercedes, Ineos yang dibiayai Sir Jim Ratcliffe akan membayar 90 peratus daripada kontrak tersebut.