Pas lantik pegawai bukan Melayu di Selangor

Lee Leong (Roslan Shahir)
Lee Leong (Roslan Shahir)
A
A
A

SHAH ALAM - Pas melantik Low Lee Leong sebagai Pegawai Khas Hal Ehwal Bukan Melayu kepada Pesuruhjaya Pas Selangor.

Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata, Pas bersedia menjadi alternatif kerajaan campuran memandangkan Selangor membabitkan 39 peratus rakyat daripada kaum bukan Melayu.

Menurutnya, pelantikan itu menunjukkan kesungguhan Pas menerusi Perikatan Nasional (PN) menabur khidmat dan mewakili kepentingan semua rakyat di Selangor.

"Beliau berusia 46 tahun akan bertugas membantu Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi mendekati masyarakat bukan Melayu dengan menjalin serta membina hubungan antara Pas Selangor dan komuniti, badan bukan kerajaan (NGO) serta badan-badan berkepentingan yang melibatkan masyarakat bukan Melayu, " katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Lee Leong berkelulusan Sarjana Muda Kejuruteraan Aerongkasa dari Universiti Putra Malaysia (UPM) bersama pasukannya dijangka mampu memberikan imej dan perspektif sebenar Pas kepada masyarakat bukan Melayu di Selangor.

"Usaha ini diharapkan mereka akan lebih faham dan tidak teragak-agak mengundi Pas dan Perikatan Nasional dalam PRN Selangor 2023 nanti," jelasnya.

Artikel Berkaitan: