Anwar terima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura

Anwar - Foto Bernama
Anwar - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.

Anwar berkata pada pertemuan itu, beliau dan Balakrishnan bertukar-tukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala serta serantau yang menjadi kepentingan bersama.

"Saya turut menyatakan hasrat untuk memberi tumpuan kepada ekonomi dan bersama mencapai kemajuan dalam menyelesaikan isu-isu dua hala yang tertunggak secara komprehensif,” katanya menerusi catatan di laman rasmi Facebook beliau.

Balakrishnan berada di Malaysia sempena lawatan rasmi empat hari mulai Ahad hingga Rabu ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Balakrishnan di Istana Negara.

Pada hari sama, Balakrishnan turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan kedua-dua pemimpin memperakui hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Singapura. - Bernama

Artikel Berkaitan: