‘Rumah halimunan’ di tengah gurun dijual RM74 juta

‘Rumah halimunan’ yang terletak di gurun Joshua Tree, California Selatan.
‘Rumah halimunan’ yang terletak di gurun Joshua Tree, California Selatan.
A
A
A

CALIFORNIA - Sebuah rumah agam yang digelar ‘rumah halimunan’ terletak di tengah gurun di California ditawarkan untuk dijual dengan harga AS$18 juta (RM74 juta).

Rumah yang berkeluasan 511 meter persegi dilengkapi seluruh cermin pada bahagian luar akan memantul kawasan persekitarannya.

Hartanah tersebut pernah dipaparkan dalan rancangan Netflix yang bertajuk ‘The World’s Most Amazing Vacation Rentals’.

Malah ia pernah dikunjungi beberapa orang selebriti antaranya Demi Lovato dan Diplo.

Pemiliknya, Chris dan Roberta Hanley berkata, rumah yang terletak di gurun Joshua Tree, California Selatan itu diilhamkan oleh filem sains fiksyen bertajuk 2001: A Space Odyssey.

Ciri-cirinya termasuk di tengah-tengah bilik tidur utama dan dua bilik tidur lain, terdapat ruang tamu terbuka yang besar yang menempatkan sebuah kolam renang sepanjang 30 meter. – Agensi

Artikel Berkaitan: