Dr Akmal Saleh sedia pertimbang tanding Ketua Pemuda UMNO

Dr Muhamad Akmal
Dr Muhamad Akmal
A
A
A

MELAKA - Naib Ketua Pemuda UMNO Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh tidak menolak akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan ketua pemuda di peringkat pusat pada pemilihan akan datang.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, rakan-rakan seperjuangan meminta beliau untuk bertanding namun sehingga kini belum membuat sebarang keputusan sama ada akan bertanding atau sebaliknya.

"Ada rakan-rakan datang jumpa saya minta bertanding tetapi berilah saya ruang dan peluang alam tempoh seminggu dua ini untuk buat keputusan.

"Insya-ALLAH kita bersedia dengan apa sekalipun dan bersedia untuk bertanding," katanya ketika ditemui pemberita di sini, pada Isnin.

Baru-baru ini, media melaporkan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyatakan pendiriannya untuk tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan UMNO akan datang.

Perkara itu dimaklumkan beliau ketika menyampaikan ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur bagi membolehkan nakhoda baharu memimpin sayap parti itu.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dilaporkan mengesahkan akan bertanding jawatan itu pada pemilihan parti akan datang.

Artikel Berkaitan: