Reman dua beradik edar dadah dilanjutkan

Laporan Sinar Harian mengenai dua beradik disyaki dalang sindiket memproses dan mengedar dadah jenis heroin ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bandar Barat, Kampar baru-baru ini.
Laporan Sinar Harian mengenai dua beradik disyaki dalang sindiket memproses dan mengedar dadah jenis heroin ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Bandar Barat, Kampar baru-baru ini.
A
A
A

IPOH - Reman ke atas dua beradik yang disyaki terlibat dalam memproses dan mengedar dadah jenis heroin di sebuah rumah di Taman Bandar Barat, Kampar dilanjutkan empat hari lagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, tempoh reman suspek berusia 44 dan 45 tahun itu dilanjutkan hingga Jumaat ini bagi membolehkan siasatan diteruskan.

"Reman disambung sehingga Jumaat," katanya ringkas ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Sebelum ini, kedua-kedua suspek direman selama tujuh hari sehingga Isnin bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati, jika disabitkan kesalahan.

Sinar Harian melaporkan Polis Perak berjaya merampas lebih 51 kilogram (kg) dadah heroin dan kafein bernilai RM RM605,782 dan 4kg cecair disyaki dadah bernilai RM60,000 dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak pada 9 Januari lalu.

Kedua-dua suspek yang tiada rekod kesalahan lampau itu aktif memproses dan mengedar dadah sejak Disember lalu untuk pasaran sekitar negeri ini.

Artikel Berkaitan: