[VIDEO] 'Ekonomi lebih baik, kuasa Melayu tidak terhakis'

Mohd Rafizi Ramli
Mohd Rafizi Ramli
A
A
A

SUNGAI PETANI - Pakatan Harapan (PH) membuktikan bahawa ekonomi rakyat menjadi lebih baik dan kuasa orang Melayu tidak terhakis di bawah kepimpinan Kerajaan Perpaduan.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli mendakwa, dua faktor tersebut perlu diberi penekanan kerana ianya merupakan sentimen utama yang dimainkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.

Rafizi yang juga merupakan Menteri Ekonomi mendakwa, faktor utama kemenangan besar PN pada PRU15 disebabkan sentimen perkauman yang disebarkan secara meluas selain perbelanjaan tinggi sepanjang tempoh berkempen.

"Sentimen perkauman dimainkan Pas dan PN menyebabkan peralihan 70 hingga 80 peratus undi Melayu di Kedah telah memilih satu parti sahaja.

"Saya rasa geli hati apabila ada yang berkata bahawa kemenangan PN disebabkan kandungan mereka di TikTok, sebaliknya kemenangan itu disebabkan oleh sentimen perkauman yang dimainkan.

"Selain itu, faktor kedua yang lebih besar dari itu ialah wang, tanyalah di mana-mana, di Kedah, Pulau Pinang, Terengganu malah di Pandan sendiri memang pengundi-pengundi Melayu datang minta duit minyak untuk balik mengundi," dakwanya.

Mohd Rafizi mendakwa demikian ketika hadir ke Konvensyen Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah dan Pulau Pinang di sini, pada Sabtu.

Beliau dalam masa sama turut yakin dalam tempoh empat hingga lima bulan akan datang, sokongan terhadap gabungan PH akan bertambah setelah Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Artikel Berkaitan: