Serangan bom: 7 maut, 37 cedera di Somalia

Gambar hiasan 123RF.
Gambar hiasan 123RF.
A
A
A

MOGADISHU - Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh manakala 37 lagi cedera dalam serangan bom berasingan di wilayah tengah Somalia, Hiran pada Sabtu, lapor Agensi Anadolu.

Letupan bom di Buuloburte mengorbankan enam nyawa dan mencederakan hampir 30 orang manakala dua serangan bom di Jalaqsi dilaporkan membunuh seorang dan mencederakan tujuh lagi mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan serius telah dihantar ke Mogadishu untuk menerima rawatan,” kata Mohamed Ibrahim Moalimu, seorang ahli parlimen persekutuan dalam satu kenyataan di Facebook.

Kumpulan al-Shabaab, mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Kumpulan itu mendakwa pihaknya menyasarkan kem tentera di Buuloburte dan Jalalaqsi.

Al-Shabaab menggandakan serangannya terhadap tentera dan sekutu tempatannya sejak Presiden Somalia Hassan Skeikh Mohamud mengisytiharkan "perang habis-habisan" ke atas kumpulan itu tahun lepas.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran tentang ketidakstabilan yang semakin meningkat di negara itu, mengeluarkan laporan berkala tahun lalu dengan memperincikan serangan oleh al-Shabaab dan kumpulan pengganas pro-Daesh/ISIS. - Bernama.

Artikel Berkaitan: