JPM nafi PM minta maaf kepada MB Terengganu

JPM mengesahkan berita tular yang mendakwa Anwar memohon maaf kepada Ahmad Samsuri adalah palsu.
JPM mengesahkan berita tular yang mendakwa Anwar memohon maaf kepada Ahmad Samsuri adalah palsu.
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan berita yang tular di media sosial yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memohon maaf kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

JPM menerusi Facebooknya pada Jumaat berkata, hantaran yang tular di Twitter itu adalah palsu.

Katanya, maklumat itu mendakwa Anwar memohon maaf kepada Ahmad Samsuri kerana hadir ke negeri Terengganu tanpa makluman kepada kerajaan negeri.

"Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu.

"Tidak pasti, jangan kongsi. Sila rujuk kepada akaun media sosial rasmi JPM untuk berita sahih," katanya.

Akaun media sosial rasmi JPM boleh dirujuk melalui pautan https://www.facebook.com/Jab.PerdanaMenteri/ bagi Facebook, https://twitter.com/jpmgov_ (Twitter), https://www.instagram.com/jabatanperdanamenteri/ (Instagram) dan https://www.tiktok.com/@jpmgov (TikTok). ARTIKEL BERKAITAN: PH kecewa tiada pimpinan negeri ketika lawatan PM

Artikel Berkaitan: