Acuan konkrit jatuh tingkat 56 hempap kereta

Sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap objek yang terjatuh dari tingkat 56 sebuah menara yang dalam pembinaan.
Sebuah kereta rosak teruk akibat dihempap objek yang terjatuh dari tingkat 56 sebuah menara yang dalam pembinaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah kereta jenis Toyota Vios rosak teruk akibat dihempap objek dipercayai sekeping acuan konkrit yang terjatuh dari tingkat 56 sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 8.45 pagi.

"Satu keping 'staging' daripada tingkat 56 sebuah bangunan 80 tingkat yang sedang dalam pembinaan telah terjatuh.

"Objek berkenaan terjatuh ke atas sebuah kereta jenis Toyota Vios yang berada di hadapan sebuah kedai serbaneka," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kelihatan beberapa individu dipercayai pekerja tapak pembinaan berkenaan.
Kelihatan beberapa individu dipercayai pekerja tapak pembinaan berkenaan.

Beliau berkata, ketika kejadian, pemilik kereta berkenaan iaitu seorang lelaki berada di dalam kedai serbaneka terbabit.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan membabitkan kejadian itu," katanya.

Sebelum itu, kejadian terbabit tular di media sosial selepas beberapa keping gambar memaparkan kenderaan milik mangsa mengalami kerosakan di bahagian bumbung akibat dihempap objek terbabit.

Artikel Berkaitan:

Turut kelihatan beberapa individu dipercayai pekerja tapak pembinaan berada di lokasi kejadian sambil berbincang antara satu sama lain.