Saintis temui sisa fosil empat spesies dinosaur

Fosil spesies Stegouros elengassen yang turut ditemui di Patagonia pada 2021. - AFP
Fosil spesies Stegouros elengassen yang turut ditemui di Patagonia pada 2021. - AFP
A
A
A

SANTIAGO - Saintis telah berjaya menemui empat sisa fosil dinosaur termasuk megaraptor yang muncul sejak sedekad lalu di lembah Patagonia, Chile.

Fosil tersebut ditemui di Cerro Guido, lembah Las Chinas berhampiran dengan sempadan Argentina dan di bawa ke sebuah makmal pada tahun 2021.

Penyelidik menyatakan ia tergolong dalam spesies tidak dikenal pasti di kawasan sama sebelum ini.

“Ia sangat menarik dari segi terma saintifik bagi mencari sesuatu yang belum ditemui atau diterangkan di lembah Las Chinas,” kata pengarah Institut Antartika Chile (Inach), Marcelo Leppe memberitahu AFP.

Inach bekerjasama dengan Universiti Chile dan Universiti Texas dalam ekspedisi itu.

Penyelidik menemui sisanya termasuk gigi, kepingan tulang rangka tengkorak atau postcranial daripada empat spesies dinosaur termasuk megaraptor yang tergolong dalam keluarga theropod.

Katanya, dinasour karnivor tersebut didapati mempunyai kuku, gigi kecil untuk mengoyak mangsa selain anggota atas yang besar serta terletak paling atas dalam rangkaian makanan dan hidup dalam tempoh antara 66 hingga 75 juta tahun lalu pada zaman Cretaceous. - AFP

Artikel Berkaitan: