Aktor Bangladesh diusir kerana sertai kempen pilihan raya

Foto Huffington Post India
Foto Huffington Post India
A
A
A

NEW DELHI - Kerajaan India mengusir bintang filem Bangladesh, Ferdous Ahmed kerana menyertai kempen pilihan raya di negeri Bengal Barat.

Pelakon berusia 45 tahun itu menyertai kempen Kongres Trinamool, parti yang memerintah negeri bersempadan dengan Bangladesh.

Tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa menerima laporan daripada Biro Imigresen mengenai pelanggaran visa oleh Ferdous.

Kementerian Dalam Negeri India kemudian membatalkan visa pelakon itu, kata seorang pegawai kerajaan kepada media tempatan.

Beliau dikenali menerusi lakonannya dalam filem Ek Cup Cha, Hotath Brishti dan Gangajatra, turut bekerja dengan industri hiburan Bengali di India.

Pelakon merangkap penerbit itu berada di India menggunakan visa perniagaan. -Bernama

Artikel Berkaitan: