Sila log masuk terlebih dahulu.

KJ bagi 'hint' tanding jawatan Presiden UMNO?

11 Januari 2023 | TikTok
A
A
A
BULETIN TIKTOK 11 JANUARI 2023

Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Selasa secara jelas telah memberikan isyarat bahawa beliau akan bertanding mencabar kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden dalam pemilihan parti itu.

Kenyataan tersebut sedikit berbeza berbanding sebelum ini yang seakan berselindung apabila ditanya mengenai kemungkinan bertanding bagi jawatan nombor satu parti itu.

Beliau sebelum ini hanya memberikan respons agar semua pihak menunggu apa tindakan selanjutnya apabila diajukan soalan oleh pengamal media.

Sekiranya jawatan tersebut dipertandingkan, ia merupakan kali kedua Khairy menawarkan diri bertanding bagi jawatan berkenaan selepas 2018.

Artikel: https://go.sinarharian.com.my/3CDXmt8

Muzik: Artlist.co