Ops Tapis: 12 individu ditahan di sarang penagihan

Antara individu ditahan dalam Ops Tapis dilakukan Polis Kota Setar di sekitar Pokok Sena dan Kepala Batas pada Selasa.
Antara individu ditahan dalam Ops Tapis dilakukan Polis Kota Setar di sekitar Pokok Sena dan Kepala Batas pada Selasa.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 21 individu ditahan dalam serbuan melalui Ops Tapis di 'sarang' penagihan dadah yang dijalankan di sekitar Pokok Sena dan Kepala Batas pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, kesemua mereka yang berusia 31 hingga 56 tahun itu ditahan dalam operasi khas bermula jam 8 pagi sehingga 6 petang.

Ahmad Shukri berkata, mereka (penagih dadah) dipercayai menjadikan beberapa lokasi sekitar kawasan rumah tinggal dan semak sebagai tempat untuk melepaskan gian dan pengedaran dadah secara kecil-kecilan.

"Kesemua individu itu ditahan kerana didapati melakukan pelbagai kesalahan mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kita juga berjaya menahan suspek yang sememangnya dikehendaki kerana terlibat dalam kesalahan dadah dan pelbagai jenayah melalui operasi terbabit,” katanya kepada pemberita pada Rabu.

Ahmad Shukri memaklumkan, Polis Kota Setar juga merampas dadah jenis Heroin seberat 1.26 gram dalam operasi khas itu.

Tambah beliau, Ops Tapis diadakan bagi melakukan pemutihan di kawasan panas dalam usaha mengekang kesalahan jenayah dan mengurangkan kebimbangan orang awam terhadap penagih yang sering berlegar di kawasan kejiranan itu.

Artikel Berkaitan: