Ibu MB Perak meninggal dunia

Aminah
Aminah
A
A
A

IPOH - [DIKEMAS KINI] Ibu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad meninggal dunia di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, Jalan Raja Dihilir di sini, pada malam Selasa.

Perkara itu disahkan menerusi pemakluman yang dikongsi menerusi satu hantaran di Facebook Saarani Mohamad pada Rabu.

Allahyarham Aminah Mohd Yusuf, 79, meninggal dunia pada jam 11.15 malam akibat sakit tua.

Jenazah diuruskan di kediaman rasmi Menteri Besar Perak dan kemudian disusuli solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Saarani sebelum dibawa ke Masjid Al-Hamidiah, Kampung Raban, Lenggong.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban, Lenggong kira-kira jam 11.30 pagi

Allahyarham meninggalkan sembilan orang anak termasuk Saarani yang merupakan anak sulung.

Terdahulu, di kediaman rasmi Menteri Besar Perak, beberapa pimpinan kerajaan pusat dan negeri termasuk Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta ahli-ahli mesyuarat kerajaan negeri turut hadir memberikan penghormatan terakhir.

Turut hadir, Mufti Perak, Datuk Wan Zahidi Wan Teh; Yang Dipertua Majlis Agama Islam Perak (MAIPK), Tan Sri Mohd Annuar Zaini; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK), Harith Fadzilah Abd Halim; Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dan beberapa pegawai kanan kerajaan yang lain.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini beberapa pemimpin dan rakan politik mengunjungi kediaman Saarani bagi menziarahi dan mendoakan keadaan Aminah yang uzur.