800 pesilat bakal gegar Stadium Tertutup Kuching

Abang Johari (dua dari kanan) bersama-sama Presiden RSS, Muhammad Haneef Ali (dua dari kiri) memegang tali pinggang Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang akan berlangsung pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.
Abang Johari (dua dari kanan) bersama-sama Presiden RSS, Muhammad Haneef Ali (dua dari kiri) memegang tali pinggang Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang akan berlangsung pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.
A
A
A

SERAMAI 800 pesilat daripada 16 negara bakal beraksi pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak yang bakal berlangsung di Stadium Tertutup Kuching pada 27 Februari hingga 5 Mac depan.

Primier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak bersedia menganjurkan kejuaraan sulung berkelas dunia itu selain menerima kehadiran ribuan pencinta silat dunia.

"Malah, persiapan dari segi logistik juga kini berada pada tahap terbaik menjelang kejuaraan bertaraf premier ini.

"Sambutan bagi edisi sulung ini amat baik apabila negara seperti Indonesia, Singapura dan United Kingdom akan turut serta menghangatkan bandar Kuching sepanjang seminggu penganjuran," katanya.

Penganjur kejohanan, Rumpun Silat Sarawak (RSS) berkata, kejohanan berkenaan merupakan penanda aras dan perintis untuk RRS menganjurkan kejohanan siri silat Sarawak pada masa akan datang.

"Kami tidak mahu menjadikan kejohanan ini sebagai 'one-off' sahaja, sebaliknya berhasrat mencipta sejarah kerana Malaysia belum pernah menganjurkan kejohanan seperti itu.

"Saya berharap para pesilat dapat mempamerkan aksi berkelas dunia serta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi seiring dengan nilai yang dimiliki oleh seorang pesilat," katanya.

Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 menawarkan hadiah wang tunai berjumlah AS$20,000 (RM87,510) bagi juara keseluruhan selain tali pinggang kejuaraan diperkenalkan buat pertama kali bagi juara keseluruhan. - Bernama

Artikel Berkaitan: