Polis tahan lelaki jual mercun tanpa lesen

BENG YEOW
BENG YEOW
A
A
A

KULAI - Seorang lelaki warga tempatan ditahan kerana menjalankan aktiviti penjualan mercun tanpa lesen ketika serbuan dilakukan di sebuah rumah kedai di Jalan Seelong Jaya, Senai pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, penahanan suspek berusia 25 tahun itu dilakukan sepasukan pegawai dam anggota Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 2, Tampoi pada jam 4.30 petang.

"Suspek juga didapati gagal mengemukakan sebarang dokumen dan melanggar syarat lesen dibenarkan.

"Dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 8,217 unit pelbagai jenis mercun dianggarkan bernilai RM222,691 dan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, suspek direman selama tiga hari bermula Isnin bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Artikel Berkaitan: