Stevenage malukan Villa

Campbell meraikan gol kemenangan pasukan ke atas Villa.
Campbell meraikan gol kemenangan pasukan ke atas Villa.
A
A
A

PENGURUS Stevenage, Steve Evans menyifatkan kejayaan menyingkirkan Aston Villa dalam aksi Piala FA merupakan hari terbaik buat pasukan divisyen empat itu.

Kelab tersebut melakar kejutan di Villa Park, dengan dua jaringan lewat menyaksikan mereka bangkit daripada ketinggalan untuk menang 2-1 ke atas skuad kendalian Unai Emery itu.

Villa yang terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Leander Dendoncker dilayangkan kad merah menyaksikan Jamie Reid menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti sebelum Dean Campbell meledak gol kemenangan untuk membawa pasukan itu ke pusingan keempat.

"Ia benar-benar istimewa. Pengerusi hanya berkata kepada saya ia adalah hari paling hebat dalam hidupnya dan dia telah bersama kelab selama 26-27 tahun.

"Ia adalah hari yang hebat untuk bandar ini tetapi kami tidak akan menipu diri sendiri. Ini adalah kelab bola sepak yang hebat dan kami akan menikmati masa ini dan mereka telah memberikan sokongan yang sangat hebat sejak kami masuk ke dalam stadium hari ini.

"Kami akan tahu perlu kekal merendah diri dan meneruskan kerja kami untuk aksi berikutnya," katanya.

Dalam pada itu, Emery mengakui kecewa dengan kekalahan tersebut dan menegaskan kegagalan memanfaatkan peluang sebagai punca pasukan itu tersingkir.

"Kesilapan besar terjadi dalam 90 minit karena kami memiliki peluang dan kami tidak mencetak gol. Begitu banyak peluang, masuk ke dalam kotak, dan kami tidak cukup klinikal untuk mencetak gol kedua dan menyelesaikan perlawanan," katanya.

Artikel Berkaitan: