Amaran ribut petir, hujan lebat di hampir semua negeri

MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad. - Gambar hiasan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di hampir semua negeri sehingga jam 8 malam pada Ahad.

Menurut kenyataan MetMalaysia, amaran cuaca buruk itu membabitkan seluruh negeri Perlis dan di Kedah pula membabitkan kawasan Kubang Pasu; Pokok Sena; Padang Terap: Pendang; Kuala Muda; Sik dan Baling.

Di Perak membabitkan Hulu Perak; Kuala Kangsar; Kinta; Perak Tengah; Kampar; Hilir Perak; Batang Padang dan Mualim, manakala di Kelantan pula membabitkan Tumpat; Pasir Mas; Kota Bharu; Tanah Merah; Bachok; Machang; Pasir Puteh dan Gua Musang.

"Di Terengganu amaran ribut petir dan hujan lebat membabitkan Besut dan Kemaman, di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron; Lipis; Raub; Jerantut; Bentong; Maran; Kuantan; Pekan dan Rompin.

"Sementara itu di Selangor melibatkan Sabak Bernam; Kuala Selangor; Hulu Selangor; Gombak dan Hulu Langat, turut terlibat dalam amaran itu juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,"katanya.

Di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu; Seremban; Kuala Pilah dan Jempol, di Johor hanya membabitkan satu kawasan iaitu Mersing.

Dalam pada itu, di Sarawak membabitkan Kuching; Serian; Samarahan; Sri Aman (Lubok Antu); Mukah (Mukah); Kapit (Song dan Kapit); Bintulu; Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.

Di Sabah melibatkan Sipitang; Nabawan; Tambunan; Tuaran; Ranau; Kota Belud; Tawau Kunak; Lahad Datu; Sandakan; Telupid; Beluran dan Kudat.

Artikel Berkaitan: