Intana Ria 3 penuhi impian konsep kediaman moden

A
A
A

No Image Caption

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sentiasa memahami keinginan dan impian para pembeli rumah di Selangor.

Bagi memenuhi kemahuan ramai pembeli yang mengidamkan kediaman atau apartmen berkonsep moden, PKNS kini tampil dengan projek pangsapuri moden tiga bilik tidur iaitu Intana Ria 3 menawarkan gabungan keselesaan, moden dan praktikal telah dibuka untuk jualan.

Apa yang menariknya, pangsapuri kos sederhana 14 tingkat dibangunkan di kawasan berkeluasan 2.83 hektar di Seksyen 7, Bandar Baru Bangi dan pastinya menjanjikan kediaman yang menggabungkan keselesaan, privasi dan nyaman.

Kedudukan Intana Ria 3 juga cukup strategik kerana berada dalam kawasan kejiranan bersederhana rendah namun penuh dengan pelbagai kemudahan dan mudah akses ke lebuh raya dan bandar utama.

Akses jaringan jalan raya seperti Lebuhraya Kajang Silk dan Lebuhraya Maju Expressway (MEX), terletak hanya 17 kilometer (km) dari Putrajaya, 27 km dari Kuala Lumpur serta 47 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Para pembeli tak perlu risau dengan tawaran kemudahan awam di kawasan sekitar kerana pusat pusat membeli belah, pejabat- pejabat perniagaan serta institusi pendidikan berada berhampiran di Bandar Baru Bangi yang hanya terletak 2 km dari dari Intana Ria 3.

Artikel Berkaitan:

Pelbagai jenis pusat beli-belah berdekatan seperti Kompleks PKNS Bangi, EVO Mall, Bangi Gateway and IOI City Mall Putrajaya. Intana Ria 3 juga terletak dalam jarak pemanduan singkat dari kampus utama Universiti Kebangsaan Malaysia.

No Image Caption

Institusi pendidikan berhampiran lain, Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Sekolah Menengah Jalan Empat, Seksyen 4, Sekolah Menengah Jalan Reko, Brainy Bunch dan Sekolah Agama Integrasi (KAFA).

Begitu juga dengan bandar Kajang yang cuma berjarak 5 km yang pastinya memberikan pelbagai pilihan untuk para pembeli dan keluarga menjamu selera, mendapatkan akses kemudahan dan lain-lain. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam pula, terdapat Stesen Komuter Kajang dan Stesen MRT Kajang di Jalan Reko.

Selesa, nyaman dalam konsep moden

Intana Ria 2 direka bentuk dengan konsep moden kontemporari bagi memenuhi citarasa terkini keluarga moden yang inginkan kediaman yang selesa, nyaman dan praktikal. Dengan keluasan yang sempurna untuk sebuah keluarga moden pastinya membangkitkan aura keharmonian dan ketenangan namun tidak meminggirkan aspek gaya hidup moden masa kini.

Intana Ria 3 menitikberatkan penggunaan ruang yang maksimum serta memberi keselesaan kepada penghuninya. Penggunaan tingkap dengan bukaan maksimum mampu memberi pengudaraan dan pencahayaan semulajadi yang baik.

Terdapat 200 unit ditawarkan yang terdiri daripada Jenis A1 dan A2 (906.82 kaki persegi) yang berharga daripada RM399,000 seunit.

Intana Ria 3 bakal bakal dilancarkan pada 14 dan 15 Januari depan, dan dijangka siap pada 2025.

Lebih menarik, PKNS menawarkan diskaun istimewa untuk pemilikan rumah pertama

dan untuk skim kesetiaan. Selain itu, promosi percuma perjanjian jual dan beli serta surat cara pemindahan (MOT) ditanggung pemaju.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi PKNS Bahagian Jualan di talian 03-5022 0187 atau layari laman web www. pkns.gov.my.