RM10 juta untuk KADA

Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada peserta KADA pada Majlis Penyerahan Bantuan Agromakanan KADA pada Jumaat.
Mohamad (dua dari kanan) menyampaikan bantuan kepada peserta KADA pada Majlis Penyerahan Bantuan Agromakanan KADA pada Jumaat.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak RM10 juta diluluskan untuk Program Agromakanan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dalam tempoh lima tahun berakhir 2025.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM2 juta diperuntuk pada tahun 2021 manakala RM1.5 juta diluluskan untuk tahun lalu.

Beliau memberitahu, seramai 936 penerima dari lima daerah iaitu Kota Bharu, Pasir Puteh, Bachok, Pasir Mas dan Tumpat mendapat manfaat bantuan itu pada tahun 2022.

"Bantuan yang diterima termasuk benih ikan keli, patin, tilapia selain infrastruktur pertanian untuk membantu tambahan pengeluaran makanan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Agromakanan KADA di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Haslina Abdul Hamid.

Selain itu, Mohamad memberitahu, penerima kategori ruminan iaitu ternakan lembu, kambing dan biri-biri menerima sebanyak RM640,000 manakala bantuan dari kategori tanaman sayur dan buah pula melibatkan RM450,000.

Tambah beliau, bagi ternakan unggas dan lain-lain projek ternakan seperti kelulut dan arnab pula masing-masing berjumlah RM150,000 dan RM200,000.

Artikel Berkaitan:

Mohamad turut menyampaikan bantuan Program Agomakanan itu kepada 72 penerima dalam daerah berkenaan dengan nilai keseluruhan sebanyak RM360,000.

"Ia termasuk RM170,000 untuk ternakan lembu manakala RM190,000 untuk kambing dan biri-biri," katanya.