Honor X9a 5G mula dijual Jumaat ini

Honor X9a 5G
Honor X9a 5G
A
A
A

HONOR Malaysia (Honor) melancarkan Honor X9a 5G pada Rabu dengan harga RM1,499 dan mula dijual di seluruh negara bermula Jumaat, 6 Januari 2023.

Honor dalam satu kenyataan berkata, edisi terbaharu Honor X itu mengetengahkan visual dan prestasi terbaik dengan paparan melengkung OLED ultra kukuh, dua hari jangka hayat bateri serta storan dan RAM 13 256GB.

“Sempena jualan bermula, Honor menawarkan hadiah percuma bernilai sehingga RM418 yang termasuk fon putik telinga pembatalan hingar aktif Ultra Honor Choice Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari,” jelas kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, Honor X9a 5G dikendalikan dengan Android 12 menerusi sistem operasi Magic UI 6.1 selain dimuatkan 'anti-aging engine' yang mengurangkan kemerosotan prestasi peranti ini untuk memastikan pengalaman pengguna yang pintar dan konsisten.

“Honor X9a 5G menjadi telefon pintar pertama dalam siri Honor X yang menyokong kolaborasi multi-skrin bagi membolehkan peranti ini dihubungkan ke komputer riba Honor untuk tugasan yang cekap.

“Dengan kolaborasi multi-skrin dan Honor Share dalam Honor X9a 5G memudahkan pindahan fail dengan cepat antara peranti Honor seperti telefon pintar, komputer riba dan tablet,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, peranti tersebut didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu 'titanium silver', 'emerald green' dan 'midnight black'.

Honor X9a 5G boleh didapati di kedai Honor, laman web hihonor.com, Honor TikTok Shop, Shopee Honor Official Store, Lazada Honor Flagship Store dan pengedar sah Honor.

Artikel Berkaitan:

Pelanggan yang membeli Honor X9a 5G boleh membawa pulang hadiah percuma bernilai sehingga RM418 yang termasuk fon putik telinga pembatalan hingar aktif ultra Honor Choice Earbuds X3 dan juga perlindungan retak skrin selama 180 hari.

Untuk maklumat lanjut, sila layari kedai dalam talian Honor di https://bit.ly/HONORX9aPR