Harimau Malaya dapat sokongan Hannah

Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin, menyerahkan jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada Hannah selepas perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Amin, menyerahkan jersi baharu skuad Harimau Malaya kepada Hannah selepas perlawanan Malaysia menentang Singapura di Stadium Nasional di Bukit Jalil.
A
A
A

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama 65,147 pemain ke-12 Harimau Malaya hadir memberi sokongan padu kepada skuad negara ketika berdepan Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan B Piala AFF di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Selasa.

Pada perlawanan itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) turut juga menghadiahkan jersi 'HANAYO 9' kepada Hannah sebagai tanda penghargaan kerana sentiasa memberikan sokongan padu kepada skuad negara.

“Pemberian jersi skuad Harimau Malaya yang lengkap dengan set nama dan nombor itu adalah sebagai simbolik penghargaan kepada YB Hannah dan jalinan kerjasama serta sokongan beliau kepada industri bola sepak negara,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Harimau Malaya kendalian Kim Pan-gon mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selepas membelasah Singapura 4-1 sekali gus muncul naib juara Kumpulan B dengan sembilan mata.

Artikel Berkaitan: