Pas tak tanding PRK Sandakan

Takiyuddin - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
Takiyuddin - Foto Sinar Harian Sharifudin Abdul Rahim
A
A
A

SHAH ALAM - Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat keputusan tidak meletakkan calon pada PRK Palimen Sandakan, Sabah yang akan berlangsung pada 11 Mei ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun tidak bertanding, parti itu akan memberikan sokongan kepada wakil pembangkang yang akan meletakkan calon bagi menentang PH.

"Pas mengharapkan PRK ini menghasilkan keputusan yang akan menguatkan wakil pembangkang, lebih-lebih lagi kerusi Parlimen tersebut pernah dimenangi BN suatu ketika dahulu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pas belum ada keputusan untuk sokong BN di PRK Sandakan

"Kemenangan calon pembangkang nanti sudah pasti akan menjadikan proses semak dan imbang dalam Parlimen lebih efektif demi kebaikan negara dan rakyat jelata," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kerusi Parlimen Sandakan kosong selepas kematian penyandangnya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt yang juga Pengerusi DAP negeri dan Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Susulan kekosongan tersebut, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mei depan sebagai tarikh pengundian dan 7 Mei pengundian awal manakala 27 April sebagai tarikh penamaan calon.

Mengulas lanjut, Takiyuddin berkata, Pas Sabah akan menggerakkan jentera pilihan raya setempat bagi membantu calon pembangkang dalam menghadapi PRK itu.

Artikel Berkaitan:

"Pas juga akan meminta dan mengarahkan ahli serta penyokong di kawasan ini supaya turun membuang undi sebagaimana pendirian parti bagi memberi sokongan kepada calon mewakili pembangkang," katanya