JHEAINS siasat aktiviti khurafat di tanah perkuburan

Gambar yang menunjukkan colok ditanam di atas kubur dilokasi. - Foto Facebook
Gambar yang menunjukkan colok ditanam di atas kubur dilokasi. - Foto Facebook
A
A
A

SEREMBAN - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan membuat siasatan berhubung dakwaan terdapat aktiviti khurafat di Tanah Perkuburan Islam Sheikh Haji Mohd Said di sini.

Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, pemantauan juga akan dilakukan bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

"Bagi kes macam ini, JHEAINS akan buat siasatan dan juga pemantauan," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Pada Sabtu, tular di laman sosial Facebook mengenai beberapa kubur di tanah perkuburan tersebut ditanam colok ketika singgah menziarahi kubur Allahyarham ibunya.

Jelas maklumat tular itu, aduan mengenainya telah pun di panjangkan kepada JHEAINS selain meminta keluarga atau waris terlibat datang melihat keadaan di kawasan berkenaan.

"Petang tadi kami singgah ziarah kubur arwah ibu, terkejut kami tengok ada batang colok ditanam atas kubur arwah ibu..bukan kubur arwah ibu je, kubur lain pun sama ada.

"Kami dah buat aduan pada pihak Jabatan Agama, sesiapa yang ada ahli keluarga dikuburkan di Perkuburan Sheikh Haji Said pergila cek tengok.Awat la dok buat kerja khurafat camni," kata maklumat tular itu.

Artikel Berkaitan: